Semasa mengikuti kuliah Statistik Asas pada
hari ini, pensyarah saya tiba-tiba meminta kami semua untuk menghasilkan sajak
yang bertemakan "Segugus Pasrah Buatmu". Semua pelajar
terpingga-pingga sebab waktu tersebut ialah khas untuk subjek Matematik dan bukannya
Bahasa Melayu. Hahaha...
Mana tidaknya, selama ini perbincangan kami
tidak pernah pun menyentuh isu-isu bahasa dan penulisan kreatif. Kami diberi
masa selama 30 minit untuk menghasilkan sebuah sajak kerana menurut pensyarah
saya, beliau ingin mencungkil bakat pelajar di kelas saya.
Apa lagi, semua pun bergegas mengeluarkan
kertas dan mula memikirkan isi-isi yang ingin dituliskan. Saya pula mula
memeras otak dan fikir apakah tajuk yang sesuai untuk sajak yang akan saya
hasilkan ? Hurmmmm ......
Memandangkan insiden kehilangan pesawat MH370
berlaku pada 8 Mac 2014 yang lalu, maka saya pun memilih tajuk Peristiwa Lapan
Tiga Empat Belas sebagai tajuk sajak saya. Baiklah, tanpa membuang masa, saya
ingin mengajak para pembaca untuk menghayati hasil nukilan saya. Selamat
membaca. J
PERISTIWA LAPAN TIGA EMPAT BELAS
oleh : karl metalino john
Wahai MH370,
Engkau pergi begitu sahaja meninggalkan kami,
Pergimu tiada seorang pun yang merelakan,
Apakan daya malang tidak berbau.
Dikala pemergianmu menjadi tanda tanya,
Pelbagai khabar angin yang kami terima,
Betapa runtunnya jiwa melihat ahli keluarga
menangisi pemergianmu.
Ku sangka pergimu ibarat pelangi muncul
selepas hujan,
Namun jauh sekali andaianku,
Engkau tetap menyepi sehingga kini.
Mungkinkah masih ada harapan buatmu ?
Mungkinkah masih boleh ku kecapi sinaran
suria?
Mungkinkah pemergianmu bakal menjawab segala
persoalan ?
Ya Tuhan,
Kupanjatkan doa kepada-Mu,
Semoga MH370 dapat kembali dengan selamat ke
tanah air tercinta.
Jika hilang maka temukan,
Jika tenggelam maka timbulkan,
Jika dirampas maka pulangkan,
Jika ghaib maka kami hanya mampu reda dengan
segala-galanya.
Jangan lupa memberi komen ya untuk penambahbaikan kerana saya juga sedang belajar. Hehe .. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda bersama saya.