Dini hari,
Engkau hadir sebelum fajar menyingsing,
Kedinginan pagi menusuk ke dalam setiap sumsum tulangku,
Kekuatan embun pagi begitu luar biasa buat insan sepertiku,
Begitu indah sekali ciptaan yang Maha Esa.
Saat mataku terbuka,
Baru ku sedar bahawa aku masih diberi peluang untuk menghirup udara segar,
Lantas terdetik di dalam hati ini,
Betapa bertuahnya insan biasa yang kerdil ini kerana masih diberi nafas dan nikmat hidup yang baharu.
Segala puji dan syukurku,
Ku panjatkan kepada Ilahi,
Hanya ungkapan syukron yang mampu aku luahkan,
Tidak henti-henti memuji kebesaran dan keagungan sang Maha Pencipta.